Program Karnival, Pendidikan,Kerjaya & Keusahawanan Di Sekolah Menengah Agama Jerlun, Kodiang
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2019, pihak pengurusan telah memberi penugasan kepada semua Pusat Internet Kedah dibawah Nera (M) Maxis untuk membuat jualan perniagaan keusahawanan kepada orang ramai . Matlamatnya adalah untuk melatih para petugas pusat internet supaya mendalami aktiviti keusahawanan dan melatih ‘soft skill’ petugas untuk berhadapan dengan pelanggan. Ini bagi menghayati konsep keusahawanan yang sering diajarkan kepada pelatih-pelatih keusahawanan di dalam pusat internet ataupun agensi di luar.
Di kesempatan ini, para petugas Pusat Internet juga telah membuka beberapa booth jualan mengikut jualan pusat internet masing-masing dan dalam masa yang sama, satu booth pameran untuk pusat internet turut dibuka. Ini bagi menghormati tuan penganjur iaitu pihak penganjur supaya membuat satu booth Pameran mengenai peranan dan fungsi Pusat Internet di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM).
Antara jualan Pusat Internet adalah seperti kerepek pisang, biskut brownies, jualan rempah kari, perkhidmatan fotografi dan pelbagai lagi produk yang dijual sepanjang program tersebut. Di booth pameran, aktiviti Klik Dengan Bijak (Klik Dengan Bijak) juga diadakan seperti teka silang kata, isi tempat kosong dan sebagainya.
Program Karnival, Pendidikan Kerjaya & Keusahawanan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir. Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi. Jumlah penyertaan adalah menepati sasaran pihak penganjur iaitu menjangkau lebih 1000 orang.Program berjalan dengan lancar dan berakhir jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: